Sedan penumpang segmen C Honda Civic e:HEV RS baru-baru ini telah dinobatkan sebagai Malaysia Car Of The Year 2023 (MCOTY 2023).
Daripada 121 buah kereta baharu yang telah dinilai pada tahun ini, para juri sepakat memilih Honda Civic e:HEV RS kerana prestasi sistem hibrid yang cekap, selain menawarkan jejak karbon yang rendah.