Daripada 121 buah kereta baharu yang telah dinilai pada tahun ini, para juri sepakat memilih Honda Civic e:HEV RS kerana prestasi sistem hibrid yang cekap, selain menawarkan jejak karbon yang rendah.
Anugerah MCOTY dimulakan pada tahun 2002 oleh sekumpulan wartawan permotoran, dan pada tahun ini kesemua kereta telah dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada 10 orang wartawan automotif (salah seorang daripadanya ialah Hezeri Samsuri), serta dua orang profesional daripada bidang perubatan dan perundangan.